Thursday, March 30, 2017

Kawan Baik

Assalamualaikum

Saya cuba untuk tak nak cerita pasal kisah ni. Tapi hari ini saya rasa saya kena cerita. Sebab saya sangat sedih. 

Macam ni cerita :

Puasa tahun lepas, kami (kawan2 baik saya) ada buat buka puasa ramai2. Bertempat di rumah saya. So kawan saya nama ABC ni datang dengan DEF. Ada seorang lelaki dengan diorang nama GHI. So saya pun tanya sapa GHI ni. ABC kate ni adik saudara dia, kena tinggal dengan kawan kat bustop so diorang bawak sekali. DEF pun mengiyakan cerita tu dan saya pun percaya. Ye la kawan baik kot. Takkanlah kawan baik kita nak tipu kan? 

Baru baru ni DEF jemput dia nak kahwin. So bila tanya siapa bakal suami. Jawapan dia, kau dah pernah jumpa. Rupanya GHI yang kononnya adik saudara ABC tu bakal suami dia. Dan GHI ni bukan adik saudara ABC pun. So kes kena tipu dengan kawan baik sendiri. 

Bersungguh eh nak menipu sampai sanggup perah otak nak creat cerita dan nampakkan cerita tu logik. Yang lagi best bila kau tipu kawan yang kau kata kawan baik kau. Kawan kau ni kemain percaya kau sebab kau kawan baik dia kononnya. So, boleh nilai sendiri la. 

Yang geram tu, effort nak menipu tu. Kawan baik kot. Tak luak pun kalau kau cerita benda betul. Sanggup menipu eh. So, thats it la kan. Saya memang serik dengan orang yang macam ni. Allah tunjuk sorang2 punya perangai. 

Tak perlu menipu, kawan. Kalau kau jujur dan ikhlas berkawan, kau akan rasa bersalah bila menipu. Apa rasa bila kau tengok muka orang yang tipu eh? Rasa suka sebab berjaya buat orang percaya cerita kau? Perlu diraikan? Hebat. Moga kau bahagia dengan perangai kau yang terbaik ni. 

Kesimpulannya, 

Makanya saya salah selama ini. 

Till then, 
Assalamualaikum

No comments: