Tuesday, March 28, 2017

Bercerita

Assalamualaikum. 

Kadang kadang kita rasa nak bercerita, meluahkan perasaan yang tengah berperang dalam hati. Tapi bila fikir balik, bila kita semakin bercerita, kita semakin geram dan marah. End up, rasa marah yang hanya 10% pada mulanya akan berkembang menjadi 80% atau 90% mungkin akibat luahan tersebut. Sebab? Orang yang mendengar luahan akan menyokong kita untuk luahan tersebut. Saya tak cakap mereka ni batu api. Tapi bila kita dengar luahan orang yang sedang marah, of course kita try nak pujuk orang tu dengan menyokong apa yang mereka cakap, walaupun benda tu tak betul. 

Tapi bagi saya, bila saya marah, saya hanya perlu orang dengar sahaja. Cukup. Sebab bila orang tu menyokong saya, saya akan jadi sangat teruk sebab luahan saya tu bukan selalunya yang elok. Ye la, perasaan marah kan dari syaitan. So, bila kita marah, orang pulak sokong, kita rasa lagi marah. Sampai terbawa bawa dalam kehidupan. 

Tapi orang yang mendengar pulak tak perlu mencurah minyak tanah ke api. Maksudnya, bila saya tak pilih untuk bercerita, janganlah pulak bertanya, okay ke si bla bla, tak ada apa2 terjadi ke bla bla. I mean, bila saya tak mulakan, tak perlu tanya. Huhuhuhu. Sebab benda tu tak baik. 

Harap lepas ni, bila saya marah, saya akan ajar diri untuk bersabar dan cuba lupakan. Biar Allah yang balas. 

Till then, 
Assalamualaikum. 

No comments: