Monday, July 11, 2016

Suka Tak Suka

Assalamualaikum. 

Normal bila orang tak suka kita kan?

Kalau dulu selalu dengar jiran cakap kat mak, 

"Orang baik macam kau pun ada yang tak suka eh?"

Saya ni tak la baik sangat. Tapi motto hidup saya, selagi kau tak de masalah dengan aku, aku takde sebab nak benci kau. Kalau sebab kerja, pls be professional. 

Kita ni hidup kalau nak aman damai tenteram, kena stop fikir pasal apa yang orang akan cakap pasal kita. Tapi kadang2 terfikir sebab mereka is trying so hard untuk tunjuk yang mereka tak suka kita. Kesian. 

Ada satu situasi :

Si A : "Apa2 boleh tanya Si Minah tu taw, <insert emoticon muka menyampah>"
Si B : "Eh apsal ko buat muka macam tu?"
Si A : "Eh salah tekan la.. hahaha"
Saya : "A, tak payah jujur sangat, taw la tak suka saya, tak yah tunjuk... hehehe <insert emoticon gelak>"
Si A : "Eh betul la salah tekan.. hahaha"
Meanwhile kat tempat si A ada si C. 
Si C : "Mana si Minah tahu kita tak suka die ye, A?"

Padahal saya tak de masalah dengan A, B atau C. 

Pelik betul. Takpe la. Saya hanya jalankan tanggungjawab saya sahaja. 




Semoga kita semua kuat!

Till then, 

Salam. 

No comments: